DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
PULAU PINANG, 16 Mac 2022 – Ketua Polis Balai Sungai Pinang bersama anggota balai telah berjaya menahan dua (2) lelaki berusia 40’an dan 50’an semasa menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah (RCJ) pada hari ini.
Semasa tiba di Jalan Kuala Sungai Pinang, Polis Daerah Barat Daya mengesan seorang lelaki di dalam sebuah kereta dalam keadaan mecurigakan lalu menahan kereta tersebut untuk diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati 288 bungkusan disyaki air ketum ditemui di dalam kereta tersebut.
Hasil siasatan juga membawa pihak Polis ke sebuah pondok di Jeti Kuala Sungai Pinang. Di situ, seorang lelaki ditahan dan 234 bungkusan disyaki air ketum ditemui. Kes disiasat di bawah Sek 30(3) Akta Racun 1952.
Sumber:
Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Barat Daya