PERHUTANAN SOSIAL MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah melaksanakan aktiviti Perhutanan Sosial di Semenanjung Malaysia sejak 1950-an. Antara aktiviti perhutanan sosial yang telah dilaksanakan adalah:

  • perhutanan tani
  • pengumpulan anak benih
  • pengumpulan hasil hutan bukan kayu
  • penubuhan tapak semaian komuniti
  • penanaman pokok
  • pemulihan hutan paya laut dan persisiran pantai
  • rekreasi dan eko-pelancongan.

Selain itu, aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti perhutanan yang melibatkan penyertaan masyarakat orang asli atau komuniti setempat melalui kerjasama pihak yang berkepentingan bagi meningkatkan sosio-ekonomi dan pemeliharaan tanpa menjejaskan fungsi serta peranan hutan dan alam sekitar di negeri-negeri Semenanjung Malaysia selari dengan objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Perhutanan sosial merupakan salah satu kaedah menangani pencerobohan hutan dan pemulihan kawasan hutan terosot selaras dengan Matlamat ke-15, Sustainable Development Goals (SDGs): Life on land iaitu memelihara dan memulihara ekosistem, menguruskan hutan secara mampan, mengurangkan degradasi tanah dan pemeliharaan biodiversiti.

Sumber:

Facebook Rasmi KeTSA

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …