CIDB PULAU PINANG TUTUP TAPAK PROJEK LANGGAR SOP

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

GEORGETOWN, 16 Mac 2022 – Sebuah tapak projek pembinaan di Lebuh Kartz, Georgetown telah ditutup hari ini dalam satu operasi bersepadu yang dilakukan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Pulau Pinang kerana didapati mengingkari Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan.

Operasi tersebut turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Pengarah CIDB Negeri Pulau Pinang, Zahidi Hashim berkata hasil pemeriksaan ke atas tapak projek tersebut mendapati bahawa 18 daripada 35 pekerja di situ tidak mempunyai kad personel binaan atau kad hijau, manakala 15 pekerja lagi adalah pemegang kad berstatus Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang mana mereka tidak boleh bekerja di tapak pembinaan.

Sumber : Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …