AKTIVITI KUTIPAN DAN PENGEDARAN BARANG FOOD BANK KPDNHEP PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah mengadakan Aktiviti Kutipan dan Pengedaran Barang Food Bank pada 15 Mac 2022.

Lokasi edaran adalah bertempat di MPKK Kampung Baru Air Putih, Balik Pulau. Makanan dan minuman serta barangan keperluan dapur yang di edarkan pada hari tersebut adalah sumbangan Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd Cawangan Seberang Jaya dan Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd Cawangan Bagan Ajam.

Jumlah keseluruhan barangan yang telah di edarkan adalah sebanyak 169.46 kg. Trak Chiller KPDNHEP Pulau Pinang telah digunakan bagi tujuan pengangkutan dan logistik yang lain.

Aktiviti ini mendapat sambutan daripada penduduk setempat yang datang untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas untuk kegunaan harian, dan mereka juga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Sumber :

Facebook KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut