MAJLIS PENYERAHAN MAKAM RAJA MELEWAR SECARA RASMI DI BAWAH PENTADBIRAN LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN

   

Pada 13 Mac 2022 (Ahad), satu majlis penyerahan secara resmi Makam Raja Melewar di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah diadakan di Kampung Astana Raja, Rembau. Turut hadir bersama-sama dalam majlis ini adalah Yang Berhormat Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Drs. Shamsuddin bin Ahmad, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Tuan Mohd Najib bin Mustafa, Pengawai Daerah Rembau serta pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah Rembau, MPKK Kampung Astana Raja dan kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Y.Bhg Tuan Mohd Najib bin Mustafa, Pegawai Daerah Rembau dan seterusnya ucapan Yang Berhormat Dato’ Dr. Razali bin Abd Malek, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Sesi penyerahan diteruskan dengan menandatangani dokumen oleh Tuan Mohd Najib bin Mustafa dan Drs. Shamsuddin bin Ahmad disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Razali bin Abd Malek, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Setelah itu sesi pemberian cendermata dan sesi bergambar kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Razali bin Abd Malek, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan oleh Tuan Mohd Najib bin Mustafa, Pegawai Daerah Rembau.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Razali bin Abd Malek kemudiannya telah melawat sekitar Makam Raja Melewar dengan diiringi oleh Tuan Mohd Najib bin Mustafa bersama-sama dengan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan diberikan sedikit penerangan sejarah ringkas Makam Raja Melewar. Dengan sempurnanya majlis tersebut maka Makam Raja Melewar kini di bawah pengurusan dan pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Dr. Razali bin Abd Malek bersama peserta kayuhan yang lain meneruskan Aktiviti Berbasikal Santai singgah di Muzium Rembau sebelum meneruskan kayuhan ke perkarangan Pejabat Daerah Tanah Rembau.

Sumber : FB Muzium Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …