LAWATAN KERJA OLEH PEGAWAI POLIS DARI METROPOLITAN POLICE SERVICE (MPS) UNITED KINGDOM KE LOKAP POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

KUALA LUMPUR –  Sepasukan Polis dari Metropolitan Police Service (MPS) United Kingdom telah mengadakan lawatan kerja ke Lokap Wanita Balai Polis Travers dan Lokap Lelaki IPD Brickfields Kuala Lumpur pada 10 Mac 2022 jam 11.00 pagi.
Antara yang hadir ialah Chief Inspector Dean Else (MPS UK) bersama Sergeant Abid Aslan (MPS UK). Turut sama mengiringi, YDH ACP Nor Azman bin Mohd Noor, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan) Bukit Aman bersama Insp Mohd Safuan bin Muslim, Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, Insp Alie Wong Weng Soon, Insp Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DSP Annasmahyudin bin Abdul Wahab, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Insp Mohd Fitri bin Mohd Aznam, Ketua Balai Polis Travers.
Ketibaan deligasi pagawai pelawat disambut mesra oleh DSP Annasmahyudin bin Abdul Wahab, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah bersama Insp Mohd Fitri bin Mohd Aznam, Ketua Balai Polis Travers dan Sub Insp Miswan Bin Sumar, Timbalan Ketua Balai Polis Travers.
Lawatan bertujuan untuk menambah baik sistem pengurusan serta keperluan logistik bagi lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ini demi memastikan PDRM dapat memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan terutama berkaitan pengurusan lokap dan Oang Kena Tahan (OKT) selari dengan perkembangan teknologi semasa.
Antara yang dilawati ialah Lokap Wanita Balai Polis Travers, Lokap Lelaki IPD Brickfields, Cawangan PIFOS, Bilik Majistret dan Bilik Kawad Cam. Lawatan selesai pada jam 2.00 petang.
SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut