KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI METROPOLITAN POLICE SERVICE UNITED KINGDOM KE ATAS KETUA POLIS PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Diplomasi Pertahanan)

YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada Chief Inspector Dean Else, Metropolitan Police Services (MPS), United Kingdom . Kunjungan hormat ini telah diadakan pada 14 Mac 2022 bertempat di Bilik Tetamu Seri Mutiara Ibu Pejabat Polis Kontinjen  Pulau Pinang.

Semasa sesi kunjungan hormat ini, beberapa agenda yang telah dibincangkan termasuk kerjasama berterusan selain mengeratkan hubungan yang terjalin dengan pasukan keselamatan di antara kedua buah negara.

Turut hadir ialah YDH ACP Nor Azman bin Mohd Nor Penolong Pengarah Pengurusan Pentadbiran Bukit Aman, ASP Kristine Tan Tee, ASP Perhubungan Antarabangsa Urus Setia Ketua Polis Negara,  Insp Alie Wong Weng Soon Jabatan Pengurusan Bukit Aman, pegawai-pegawai kanan dan delegasi Metropolitan Police, United Kingdom.

Sumber:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …