KOS PINJAMAN KERAJAAN BERTAMBAH RM830 JUTA SETAHUN KERANA PENGELUARAN KWSP RM101 BILION SETAHUN

 DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

 

Impak negatif pengimbangan portfolio Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akibat pengeluaran ahli telah menyebabkan kos pinjaman bagi kerajaan pada masa hadapan meningkat melalui tambahan bayaran faedah berjumlah RM830 juta setahun.

Secara keseluruhan, ahli KWSP mempunyai akses bagi sehingga RM71,000 dalam dana persaraan itu melalui tiga program pengeluaran khas iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang telah memberi manfaat kepada lebih 7.3 juta ahli atau 58 peratus daripada 12.7 juta ahli dengan pengeluaran berjumlah RM101 bilion.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ini kerana kadar faedah Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang telah meningkat dalam kadar purata 100 mata asas berbanding suku ketiga tahun 2020

Menurut beliau, jumlah pinjaman kasar bagi MGS adalah RM83 bilion bagi keseluruhan tahun 2021. Ini bermakna kerajaan telah menanggung tambahan bayaran faedah berjumlah RM830 juta setahun.

Jumlah ini sepatutnya dapat digunakan bagi pelbagai program dan bantuan kewangan untuk rakyat. Kenaikan lanjut kadar faedah ini juga akan menyebabkan kerugian yang lebih besar, serta terus meningkatkan sentimen negatif peserta pasaran terhadap pasaran kewangan tempatan.

Beliau menambah pengimbangan portfolio oleh KWSP akan memberi impak negatif kepada pasaran saham dan bon tempatan.

Sekiranya pengeluaran dana ahli KWSP sebanyak RM10,000 secara ‘one-off’ (sekali sahaja) dibenarkan, ia akan melibatkan seramai 6.3 juta ahli yang layak dan menyebabkan kemungkinan pengeluaran tambahan berjumlah lebih dari RM63 bilion.

Perkara ini sekiranya berlaku akan mengakibatkan KWSP perlu melaksanakan pengimbangan portfolio. Untuk itu, KWSP perlu menjual lebih banyak aset pelaburan luar negara dalam keadaan pasaran yang tidak menentu terutamanya dengan krisis Rusia-Ukraine yang berlaku baru-baru ini.

Jelas beliau lagi apabila kedudukan KWSP sebagai salah satu pelabur terbesar di pasaran saham dan bon tempatan terjejas, ia akan mengurangkan kebolehan KWSP untuk menjana pulangan dividen kepada ahli.

Perkara ini juga akan menjejaskan peranan KWSP dalam menyediakan kecairan modal bagi pasaran bon kerajaan di mana kos pinjaman kerajaan akan naik dan telah pun naik sebanyak 100 mata asas.

Tiga program pengeluaran khas KWSP telah diperkenalkan iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang merupakan pengeluaran pra-persaraan yang diperkenal sebagai langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuh impak pandemik COVID-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau lagi, negara-negara lain seperti Australia, Chile dan Peru yang juga telah membenarkan akses awal kepada simpanan persaraan bagi membantu rakyat menangani cabaran COVID-19 tidak lagi membenarkan program pengeluaran ini.

Sumber:

Bernama

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …