JPJ PULAU PINANG FOKUS KESALAHAN UTAMA PENYUMBANG KEMALANGAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

JELUTONG, PULAU PINANG, 15 Mac 2022 – Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB), JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan penguatkuasaan yang memfokuskan tujuh (7) kesalahan utama penyumbang kemalangan jalan raya. Lokasi tumpuan penguatkuasaan ini dijalankan adalah di Jalan Lenggong, Jelutong dan sekitarnya.

Dalam aktiviti penguatkuasaan ini, 76 notis saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya. Antaranya ialah tidak berhenti ketika lampu isyarat merah, tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, menggunakan lorong kecemasan, tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya patuh kepada peraturan dan undang- undang semasa memandu bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan saman serta terlibat dengan kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian. Ingat!! Kecuaian semasa memandu boleh mengundang padah. Sentiasa memandu dengan berhati-hati dan ingatlah orang yang tersayang.

Sumber : Laman FB JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …