AKTIVITI PENGUATKUASAAN JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Bayan Lepas, Pulau Pinang telah mengadakan aktiviti penguatkuasaan ke atas premis-premis di kawasan IKS Diamond Valley dan rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka pada 14 Mac 2022.

Dua (2) premis yang telah diperiksa mendapati kedua-dua premis mematuhi Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran telah diteruskan di kawasan Perindustrian Bayan Lepas dan IKS Diamond Valley. Didapati tiada pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis.

Pasukan rondaan memberi fokus kepada beberapa kawasan yang sering diadu berlaku pembakaran berhampiran Bandar Baru Ayer Itam. Beberapa kawasan yang sering berlaku pembakaran terbuka diletak tanda amaran di kawasan yang mudah untuk dilihat oleh orang awam.

Edaran pamplet dan maklumat larangan pembakaran terbuka telah diberikan kepada penduduk berdekatan. Pemantauan berterusan dari semasa ke semasa akan dijalankan di kawasan-kawasan yang sering diadu.

Pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka diteruskan di sekitar Bayan Baru, Sungai Ara, Relau, Paya Terubong, Farlim, Ayer Itam, Bukit Jambul dan Bukit Gambir, mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan.

Justeru, orang awam adalah diingatkan kesalahan pembakaran terbuka akan terus diambil tindakan kompaun. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

 

Sumber:

Facebook Jabatan Alam Sekitar Malaysia

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut