WIRA AIR GESA KASA SELESAI SECARA TUNTAS MASALAH BEKALAN AIR DI LABUAN

Persatuan Wira Air (Wira Air) menggesa kerajaan menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mencari jalan menyelesaikan isu masalah kebocoran paip yang sering berlaku sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengerusinya, Mohamed Hilmi Che Ramli berkata, KASA perlu duduk semeja dengan Bahagian Bekalan Air Labuan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menangani masalah itu, bukan hanya penyelesaian jangka pendek.

Katanya, sampai bila rakyat di Labuan perlu menjalani kehidupan dengan catuan air setiap kali berlaku gangguan tidak berjadual.

“Berdasarkan maklumat yang kita perolehi, paip utama di Labuan agak usang dan berusia sekitar 30 hingga 40 tahun.

“Keadaan ini menyebabkan berlaku gangguan air tidak berjadual kerana kebocoran paip yang usang itu,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Mohamed Hilmi, Wira air yang mewakili pengguna di Labuan telah menyuarakan isu berkaitan perkhidmatan air dan pembetungan.

Katanya, pihaknya menerima aduan pengguna di Labuan berkenaan kekerapan berlaku gangguan air di kawasan tertentu di kawasan itu.

“Bahkan, saya telah turun padang bertemu pihak pengurusan Bahagian Bekalan Air Labuan untuk mendapatkan maklum balas dan mereka sedang melakukan kerja penyelenggaraan paip pecah di Jalan Rancha-Rancha.

“Gangguan air kali ini disebabkan kebocoran di paip utama yang menghubungkan paip di Pulau Enoe ke tangki simpanan air utama.

“Bekalan air ke hampir 27 kampung dan kawasan kediaman telah dipotong buat sementara waktu sekurang-kurangnya 72 jam mulai semalam susulan penutupan paip utama fasa dua dari tangki penerima di Pulau Enoe,” katanya.

Katanya, penyelesaian tuntas perlu dilaksanakan untuk jangka masa panjang dengan menukar keseluruhan paip usang itu.

“Proses menampal kebocoran paip hanyalah penyelesaian sementara untuk jangka masa pendek,” katanya.

 

Sumber: MalaysiaGazette

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut