MARITIM MALAYSIA LAKSANA PEMINDAHAN KECEMASAN PESAKIT APENDIKS

WP LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan pemindahan kecemasan bagi membantu pesakit apendiks untuk mendapatkan rawatan di daratan.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ejen kapal Rig Sapura Pelaut kira-kira pukul 11.35 malam memaklumkan seorang kru kapal memerlukan bantuan pemindahan kecemasan (Medevec) ke darat untuk menerima rawatan apendiks.

Justeru, bot Kilat 40 digerakkan bagi memberi bantuan kecemasan untuk memindahkan pesakit berkenaan daripada kapal yang sedang bersauh untuk dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan.

Pesakit itu kemudian diserahkan kepada petugas kesihatan yang telah sedia menunggu di jeti berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk segera menghubungi talian 999 atau hotline Maritim Malaysia di talian 03-89434001 jika berlaku sebarang kecemasan di laut.

Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui aplikasi whatsapp 013-2558539.

Sumber: UTUSAN

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …