DASAR KESELAMATAN NEGARA
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)
Pada 13 Mac 2022, telah berlangsungnya Program Pembersihan Pantai Bersih, Butterworth. Program yang disertai oleh YB Tuan Soon Lip Chee, EXCO Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang bersama YBhg. Dato’ Azhar bin Hj Arshad, Datuk Bandar Seberang Perai, YBrs. Dr. Gwee Sai Ling, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang ini turut disertai 90 orang sukarelawan dan 30 orang Wira Oren Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Selain itu hadir bersama adalah Ahli Majlis MBSP Encik Tan Chee Teong dan Encik Ng Yee Siang. Hasil daripada program ini lebih kurang 53 kilogram sampah kitar semula & hampir 4 tan sisa sampah terbuang telah berjaya dikutip.
Sumber:
Laman Facebook Majlis Bandaraya Seberang Perai