PENGUATKUASAAN KE ATAS PREMIS-PREMIS DI KAWASAN IKS PERMATANG DAMAR LAUT DAN RONDAAN PENCEGAHAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS CAWANGAN BAYAN LEPAS PADA CUTI HUJUNG MINGGU

DASAR KESELAMATAN NEGARA
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran alam sekitar telah dijalankan pada 12 Mac 2022 yang lalu di kawasan IKS Permatang Damar Laut . Satu (1) premis yang telah diperiksa mendapati telah gagal untuk mematuhi Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Premis tersebut didapati telah gagal menstor buangan terjadual dengan baik. Tindakan penguatkuasaan yang tegas telah diambil kepada premis tersebut.

Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran telah diteruskan di kawasan Perindustrian Bayan Lepas Fasa 3 dan Fasa 4, mendapati tiada pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis.
Pasukan rondaan memberi fokus kepada beberapa kawasan yang sering diadu berlaku pembakaran berhampiran Persiaran Pantai Jerejak 10, Jalan Tanjung Bungah dan Lembah Permai. Beberapa kawasan yang sering berlaku pembakaran terbuka diletak tanda amaran di kawasan yang mudah untuk dilihat oleh orang awam. Edaran pamplet dan maklumat larangan pembakaran terbuka telah diberikan kepada penduduk berdekatan. Pemantauan berterusan dari semasa ke semasa akan dijalankan di kawasan-kawasan yang sering diadu.

Pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka diteruskan di sekitar Batu Maung, Permatang Damar Laut, Lebuhraya Dr Lim Chong Eu, Jalan Masjid Negeri, Jalan Scotland, Jalan Tanjung Tokong, Bagan Jermal, Lembah Permai, Tanjung Bungah, Jalan Mount Erskine, Georgetown, Gelugor, Batu Uban, Sg. Dua, Bukit Jambul dan Bayan Lepas, mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan.

Orang awam adalah diingatkan kesalahan pembakaran terbuka akan terus diambil tindakan kompaun. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut