PELAJAR PERLU RANCANG AWAL KURSUS DI IPT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Tingkah Laku Sosio-Budaya)

Susulan daripada peningkatan pola yang menunjukkan hampir 30 peratus graduan menceburi bidang pekerjaan yang berlainan dari kursus yang dipelajari di institusi pengajian tinggi (IPT), pelajar di negara ini dinasihatkan agar membuat perancangan kerjaya berdasarkan minat atau kebolehpasaran graduan dalam pekerjaan dalam jangka masa lima tahun akan datang Perancangan tersebut perlu bermula di peringkat sekolah lagi.

Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Karier Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Madya Dr Izwan Mahmud, berkata, dalam melakukan perancangan ini, guru, kaunselor dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar dalam mencapai hala tuju kerjaya mereka.

Beliau berkongsi pandangan bahawa ia menjadi satu perkara yang merugikan sekiranya graduan bekerja di luar bidang pelajaran kerana mereka mengambil masa sehingga empat tahun dalam sesuatu bidang pengajian. Namun yang demikian, beliau juga tidak menafikan sekiranya graduan menceburi bidang yang diminati, mereka akan memperoleh kepuasan serta penyesuaian yang baik dalam pendidikan.

Sumber:

Harian Metro

 

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …