LADANG HUTAN: RM500 JUTA PINJAMAN MUDAH DISEDIA, TIDAK PERLU BAYAR 15 TAHUN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pembangunan Kapasiti & Kompetensi Nasional)

Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah memaklumkan kepada pemberita selepas merasmikan Projek Perladangan Paulownia pada 13 Mac 2022 di Hutan Simpan Sokor Taku, Tanah Merah, Kelantan bahawa Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM500 juta dalam fasa kedua program pembangunan ladang hutan bagi tempoh 2021 hingga 2025. Peruntukan ini merupakan pinjaman mudah kepada pengusaha yang berminat menceburi program pembangunan ladang hutan dan mereka yang berjaya mendapatkan pinjaman tidak perlu membayar balik pinjaman dalam tempoh 15 tahun, selagi hasil perladangan belum dituai. Tujuan program ini ialah untuk mengurangkan kebergantungan industri perkayuan negara kepada hutan asli, sekali gus memastikan pembangunan industri menjadi mampan. Untuk tujuan tersebut, sebanyak 13 spesies pokok yang cepat membesar seperti paulownia, buluh, getah dan jati telah diluluskan.

Sumber:

BERNAMA

Portal Rasmi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut