HENTIKAN PERBUATAN BULI SIBER

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Pengukuhan Minda Komuniti Siber)

Kes buli siber terutama di media sosial dilaporkan semakin meningkat dan membimbangkan, khususnya melibatkan remaja dan golongan muda di Malaysia. Buli siber adalah satu perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti e-mel, laman rangkaian sosial (seperti Facebook), mesej atau permainan internet. Jika ia memenuhi definisi gangguan siber, insiden boleh disabitkan hukuman undang-undang dan hukuman penjara.

Seperti buli lain, buli siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Jadi, jangan jadikan buli sebagai satu perkara yang normal atau biasa dilakukan dan masyarakat haruslah disedarkan akan hal ini.

Ketahui mengapa buli siber lebih dahsyat daripada jenis-jenis buli yang lain dan tindakan yang boleh anda lakukan sekiranya menjadi mangsa buli siber dengan membaca infografik yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS)

 LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS) Pemandu yang menggunakan Lebuhraya PLUS, ambil perhatian! Kamera AwAS (Automated Awareness Safety System) …
Maklumat Lanjut

KALKULATOR BIL ELEKTRIK

Nak tahu anggaran kos bil elektrik bulanan anda pada masa akan datang mengikut jadual tarif baharu? Kini anda boleh menggunakan …
Maklumat Lanjut

PELBAGAI PENGISIAN MENARIK PADA REGATTA LEPA EDISI KE-30

MENJELASKAN: Christina (tengah) semasa dalam sidang media itu. KOTA KINABALU: Sambutan kemuncak Regatta Lepa edisi ke-30 akan berlangsung pada 29 …
Maklumat Lanjut