JANGAN MUDAH PERCAYA IKLAN UBAT DI INTERNET

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Pengukuhan Minda Komuniti Siber)

Dalam dunia yang moden ini, pelbagai jenis ubat dijual secara berleluasa di internet termasuklah di media sosial. Pengguna seringkali terpedaya dengan iklan-iklan ini kerana memaparkan pelbagai testimoni termasuk artis dan selebriti terkenal. Jangan terus percaya iklan ubat dalam Internet atau media sosial kerana anda mungkin terdedah kepada bahaya.

Sebelum membeli ubat-ubatan, anda seharusnya menyemak dahulu dan memastikan ubat tersebut berdaftar dengan KKM. Dapatkan juga nasihat daripada ahli farmasi sebelum membeli sebarang ubat dan produk kesihatan. Antara produk yang sering dijual secara dalam talian ialah ubat kurus, ubat pemutih, ubat kuat dan ubat penyakit kronik.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari https: //www.npra.gov.my dan https://www.pharmacy.gov.my . Dikongsikan juga bersama-sama ini infografik daripada KKM berkaitan perkara ini.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …