CERAMAH PERDANA AMBANG RAMADHAN 1443H DI GEMENCHEH, TAMPIN

   
TAMPIN, 11 Mac  – Pejabat Agama Islam Daerah Tampin telah menganjurkan Ceramah Perdana sempena kehadiran Bulan Ramadan bertempat di Masjid As-Syakirin Gemencheh.
Ceramah perdana ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato Ustaz Kazim Elias dan dihadiri hampir 500 orang jemaah.
Majlis turut disempurnakan dengan Pelancaran Planner Ibadah Bulan Ramadan dan alunan gemersik Qasidah oleh Kumpulan Qasidah Masjid As-Syakirin.
Turut berangkat tiba ke majlis ilmu ini adalah YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Hj. Muhammed Hj. Abdullah, Undang Luak Johol dan YAM Tok Puan Hjh. Faridah Hanom Hj. Jaafar.
Sumber : FB Malaysia Aktif

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …