AKTIVITI PLOGGING DI BUKIT BINTANG

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama-sama dengan komuniti Bukit Bintang seperti Federal Hotel Kuala Lumpur, Plaza Low Yat, KRT Jalan Angsoka, Kuala Lumpur Baptist Church, dan wakil agensi seperti IWK, SW Corp dan Alam Flora, telah menjalankan program plogging di sekitar kawasan Bukit Bintang sepanjang 3.5 kilometer pada 11 Mac 2022 yang lalu.

 

 

 

 

Tujuan program ini dijalankan bagi memberi peluang kepada komuniti tempatan untuk mengutarakan isu-isu kerosakan fizikal kepada Jabatan yang bertanggungjawab untuk tindakan segera.Antara sisa pepejal yang banyak dikutip adalah puntung rokok, pembalut gula-gula dan makanan, topeng pelitup muka serta pembalut plastik. Sisa-sisa ini bersaiz kecil dan berisiko untuk masuk ke longkang dan saliran. Ini akan menyebabkan longkang dan sistem saliran bandar tersumbat dan menyumbang kepada banjir kilat dan pencemaran sungai.

Warga kota dinasihatkan supaya tidak membuang sampah merata-rata dan bantu mengutip dan membuang sampah di tong sampah sekiranya anda ternampak sampah di tempat yang tidak sepatutnya.

Bersama kita menjaga kebersihan dan keindahan bandar raya dan alam sekitar.

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut