SEGERAKAN RUNDINGAN PEMBINAAN JAMBATAN RANTAU PANJANG – SUNGAI GOLOK

RANTAU PANJANG, PASIR MAS – Malaysia akan segera memulakan proses rundingan dengan Thailand berhubung pembinaan jambatan kedua Rantau Panjang-Sungai Golok yang berdekatan dengan sempadan kedua-dua negara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rundingan itu perlu disegerakan susulan kenyataan bersama kedua-dua negara ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand pada 26 Februari lalu.
“Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Thailand mengeluarkan kenyataan bersama iaitu antaranya memulakan semula rundingan bagi mempercepatkan projek membabitkan dua negara seperti jambatan ini.
“Kerajaan sebelum ini sudah meluluskan peruntukan RM210 juta pada November 2020 bagi membina jambatan sepanjang 116 meter untuk mengatasi beberapa isu antaranya kesesakan aliran trafik keluar masuk di kedua-dua negara, selain merancakkan pertumbuhan ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas Lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini, hari ini.
“Projek ini akan merancakkan perdagangan antara dua negara sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, khususnya negeri Kelantan dan mempercepatkan pemulihan ekonomi negara,” katanya.

Sumber : HARIAN METRO & KELANTAN STATE – TOURISM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …