PANJANGKAN SKIM BANTUAN BENCANA BANJIR KE KELANTAN

Banjir yang berlaku di Kelantan baru-baru ini dikatakan lebih teruk berbanding Bah Kuning 2014 sehingga mendorong Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan beberapa perkara demi kepentingan mangsa banjir.

Beliau membentangkan cadangan tersebut di Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas 2022, baru-baru ini.
Antara cadangannya ialah meminta supaya kerajaan dapat memperpanjangkan Skim Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia di Lembah Klang baru-baru ini, kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.
“Skim tersebut merangkumi Bantuan Wang Ihsan (BWI), bantuan pembelian barangan keperluan rumah dan barangan elektrik serta rebat bil elektrik.
Dicadangkan juga rebat baik pulih dan gantian kerosakan kenderaan yang ditenggelami banjir bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa,” katanya.
Di samping itu, beliau turut mengusulkan pihak kementerian yang terlibat, supaya mempercepatkan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (Kesban) Fasa 1 yang dijadualkan siap pada Ogos 2024, diawalkan rancangan menyiapkan projek berkenaan untuk mengelak berlakunya banjir.

SUMBER : URUSETIA PENERANGAN DAN KOMUNIKASI KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …