OPS BERSEPADU OLEH UNIT KENDERAAN BERMOTOR (UKB) JABATAN ALAM SEKITAR DAN BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IBU PEJABAT POLIS DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA : KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Satu Ops Bersepadu oleh Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah berlangsung pada 12 Mac 2022 bertempat di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang bersama beberapa agensi penguatkuasaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Daripada puluhan motosikal yang disaring, sebanyak 16 buah motosikal diuji dan 8 kompaun dikeluarkan atas kesalahan gagal mematuhi had pelepasan maksimum bunyi bising yang dibenarkan di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.

Para pemilik motosikal diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Bermotor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

 

Sumber : Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …