ARENA BUTTERWORTH BAKAL TARIK MINAT PIHAK PENGANJUR ACARA PERINGKAT KEBANGSAAN SERTA ANTARABANGSA KELAK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow berharap Arena Butterworth yang dijangka mendapat Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) pada bulan Ogos atau September ini bakal menarik minat pihak penganjur acara peringkat kebangsaan serta antarabangsa kelak.

Turut dimaklumkan bahawa proses permohonan bagi cadangan (RFP) untuk menyelia semua kemudahan Arena Butterworth sudah dibuka pada 15 Februari lepas kepada mana-mana firma yang berminat, dan akan tamat 21 Mac depan.

Daripada 38 ekar tanah keseluruhannya, difahamkan, tapak projek pemajuan yang dilaksanakan oleh PDC setakat ini hanya 16.76 ekar termasuk 8.3 ekar ruang dewan bankuet serta parkir pelbagai jenis kenderaan. Memenuhi reka bentuk sejagat, tiga sub dewan yang boleh disuai ubah menjadi sebuah dewan bankuet besar mampu memuatkan kapasiti 300 meja jamuan atau 3,000 orang pada satu-satu masa.

Sumber:

Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut