PULAU PINANG: BANTUAN SOKONGAN KESIHATAN MENTAL DAN PSIKOSOSIAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN NEGARA (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Masyarakat dipohon untuk lebih cakna dan prihatin kepada ahli keluarga dan orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom-simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri seperti;
1. Perubahan tingkah laku kepada individu:
• Sentiasa kelihatan sedih dan murung;
• Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan;
• Kesukaran untuk menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian yang biasa;
• Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakanrakan;
• Mengalami gangguan tidur dan selera makan;
• Bertindak agresif dan kasar (abusive) kepada diri sendiri dan orang sekeliling; dan
• Menyalahguna alkohol dan dadah.
2. Menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan untuk hidup dan kehadirannya membebankan ahli keluarga.
3. Menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal atau penulisan.
Sekiranya terdapat gejala-gejala yang disenaraikan di atas, individu dinasihatkan agar mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam kadar yang segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk. Selain daripada itu, orang ramai boleh membantu dengan berkomunisasi secara berkesan dengan individu yang mengalami kemurungan, antaranya seperti:
  • Mengambil serius tentang masalah yang dialami;
  • Meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka;
  • Tidak mengambil mudah atau memperlekehkan masalah mereka;
  • Menunjukkan empati dan mengelakkan sikap menghakimi individu tersebut;
  • Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat yang terkini bagi mengekalkan perhubungan dengan individu tersebut;
  • Memberikan sokongan sosial kepada mereka seperti membantu dalam urusan seharian jika diperlukan; dan
  • Galakkan dan bantu mereka untuk dapatkan penilaian dan rawatan profesional.

Jika anda mempunyai simptom kemurungan, jangan asingkan diri, kita boleh laluinya bersama. Hubungi talian di bawah jika anda perlukan bantuan sokongan psikososial di Negeri Pulau Pinang:

  • MENTARI, Butterworth: 04-3231908
  • Unit Psikiatri, Hospital Bukit Mertajam: 04-5497225
Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian bantuan sokongan yang diwujudkan seperti;
  • MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392;
  • Talian Kasih 15999 / WHATSAPP Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
  • KSK-Care JAKIM di WHATSAPP 0111-9598214; dan
  • Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Sumber:

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut