SESI SERAHAN SURAT LANTIKAN PENGANJURAN DAN TAKLIMAT PEMATUHAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) BAZAR RAMADHAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN 1443H/2022M

   

Seremban, 10 Mac 2022 – Tn. Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban telah menyerahkan surat lantikan penganjuran dan taklimat Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Bazar Ramadhan bagi tahun 1443H/2022M dalam kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban di Ruang Dato’ Dagang Paroi, Wisma MBS.

Sebanyak 7 agensi terlibat dalam penyampaian taklimat kepada penganjur yang dilantik bagi Bazar Ramadhan kali ini. Antaranya ialah daripada Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, RELA Daerah Seremban, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan dan Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS.

Turut hadir semasa sesi tersebut diadakan ialah Ahli-Ahli Majlis MBS dan pegawai-pegawai MBS.

    

Sumber : FB Majlis Bandaraya Seremban

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …