Mesyuarat Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri (JSPN) Negeri Sembilan Bil.1 Tahun 2022 telah diadakan pada 09 Mac 2022 (Rabu), jam 3.00 petang.
Mesyuarat sempurna dipengerusikan oleh YB Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan YBrs. En. Zainor bin Zailan, Pengarah CGSO Negeri Sembilan bertindak selaku setiausaha mesyuarat.
Mesyuarat ini juga dihadiri oleh YDH. Dato’ Mohamad bin Mat Yusop, Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH. ACP Zarul Naim bin Lomak, Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan dan beberapa Jabatan/Agensi keselamatan yang lain.
Sejurus selepas mesyuarat, semua Ahli JSPN Negeri Sembilan, dibawa membuat pemantauan dan lawatan di sekitar lokasi Sasaran Penting di Negeri Sembilan.
Sumber : FB CGSO N9