FASA PERALIHAN KE ENDEMIK GEMBIRAKAN RAKYAT LABUAN

WP LABUAN – Masyarakat Labuan lega dengan pengumuman fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini, sekaligus mengembalikan kehidupan normal selepas hampir 2 tahun dicengkam COVID-19.
Peralihan itu juga dilihat bakal merancankkan semula aktiviti ekonomi khususnya industri pelancongan yang sebelum ini terjejas teruk. Menurut Nor Hidayah Mohd Nor, Pengurus Penerangan Pelancongan Labuan, ia merupakan suatu berita yang menggembirakan kepada para pemain industri dan pemegang taruh yang sudah bersedia mengalu-alukan kedatangan pelancong.
Pemansuhan had operasi premis perniagaan selaras fasa peralihan endemik, membuka peluang kepada pengusaha perniagaan kembali menjana pendapatan. Bagi pelanggan pula, ia memudahkan mereka mencari tempat makan lebih-lebih lagi kepada mereka yang bekerja hingga lewat malam.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Tn. Hj. Rithuan bin Hj. Mohd Ismail berkata had waktu operasi premis perniagaan tertakluk kepada lesen yang telah dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Perbadanan Labuan.
#ReopeningSafely
#KeluargaMalaysia
#MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …