BEKALAN DARAH DI HOSPITAL LABUAN MENCUKUPI

WP LABUAN – Bekalan darah di Hospital Labuan adalah memuaskan dan mencukupi untuk memenuhi keperluan perubatan.

Masyarakat setempat kini lebih prihatin dan bertanggungjawab serta peka terhadap kempen derma darah yang dilaksanakan. Pegawai Sains Mikrobiologi Hospital Labuan berkata, “apabila kita menderma darah sebenarnya kita sudah menyelamatkan tiga nyawa”.

Kempen Derma Darah baru-baru ini mendapat kerjasama daripada Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) Labuan. Diharapkan agar lebih ramai lagi masyarakat yang sedar akan kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa orang lain.

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …