Pada 1 Mac 2022 (Selasa), MKN Kelantan telah menganjurkan Program Jiwa Murni Keluarga Malaysia berkonsepkan Gotong Royong Pasca Banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang. Program dilaksanakan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Mas, dan Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas.
Aktiviti pembersihan kawasan juga telah dibantu oleh penduduk kampung dengan menggunakan beberapa buah lori persendirian bagi mengangkut sampah dan barang-barang buangan yang telah dikumpul.
Selain itu, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Pasir Mas juga turut terlibat dalam menyantuni kanak-kanak di kawasan sekitar bagi memastikan perkembangan emosi dan psikologi dalam keadaan sihat sejahtera.







SUMBER : FB MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI KELANTAN