LAWATAN KERJA DELEGASI NTF KE PAKSI UTARA OPERASI BENTENG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Pengurusan Keselamatan Sempadan Bersama)

Pada 9 Mac 2022, Komander National Task Force (NTF), YBhg Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah bersama delegasi NTF telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Konsulat Jenderal Republik Indonesia, di Pulau Pinang dan bertemu dengan Konsul Jeneral H.E Bambang Suharto. Lawatan kerja ini bertujuan meningkatkan kerjasama di antara kedua-dua negara serumpun disamping membincangkan mengenai beberapa isu dan cabaran semasa yang dihadapi dalam memperkukuhkan kawalan sempadan negara.
Seterusnya, Komander National Task Force (NTF) bersama delegasi turut mengadakan Kunjung Hormat ke atas Ketua Polis Kedah, YDH Komisioner Polis Wan Hassan bin Wan Ahmad di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu kawalan keselamatan sempadan dan meningkatkan kerjasama bagi memantapkan lagi Operasi BENTENG di Paksi Utara serta bagi merapatkan hubungan kedua-dua pihak.
Dalam siri lawatan ke Paksi Utara kali ini, delegasi NTF juga berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia – Thailand Border Coordination Office, Alor Setar, Kedah (MTBCO) bagi membincangkan agenda memperkasakan kawalan sempadan daratan khususnya di sempadan daratan Malaysia – Thailand.
Lawatan kerja yang diketuai oleh Asisten Ketua Staf Operasi (J3), YBhg Laksamana Dr. Najhan bin Md Said TLDM disambut oleh Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Keselamatan Pembangunan Sempadan Thailand, Bahagian Pengurusan Sempadan Darat, Majlis Keselamatan Negara iaitu YBhg Kol Rohaizam bin Hj Rahmat.
Lawatan kerja dan kunjung hormat ini turut dihadiri oleh Ketua Staf Operasi, YDH DCP Dato’ Hj Mohd Yusoff bin Mamat, Asisten Ketua Staf Perisikan J2, YBhg Brigedier Jeneral Dzeidee Scraff bin Jamaludin, Asisten Ketua Staf Operasi J3, YBhg Laksamana Dr. Najhan bin Md Said TLDM dan Pengarah Operasi J3, YDH ACP Zulafendy bin Hassan.
Sumber:

Laman Facebook National Task Force

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut