LABUAN BERDEPAN KEKURANGAN BEKALAN KIT UJIAN KENDIRI COVID-19

WP LABUAN, 8 Mac – Labuan berdepan kekurangan bekalan kit ujian kendiri COVID-19 yang menggunakan sampel air liur berikutan permintaan yang meningkat dengan mendadak sejak dua minggu lepas, kata Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan Junaidah Arbain.

Beliau berkata permintaan yang tinggi itu disebabkan peningkatan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan membuat ujian kendiri terutamanya sebaik tiba ke Labuan dan pihaknya sedang memantau situasi itu.

“Pasukan penguat kuasa melakukan lawatan ke farmasi-farmasi dan menerima maklum balas mengenai ketersediaan kit ujian itu di rak mereka,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Junaidah berkata pelanggan di pulau bebas cukai ini masih bergantung kepada bekalan dari Sabah dan Semenanjung serta kebanyakan pengimport mengimportnya secara pukal.

“Bekalan kit ujian kendiri itu mengambil masa lebih lama untuk tiba di Labuan dan stok semakin cepat habis berbanding sebelum ini, kami harap situasi akan kembali normal beberapa hari lagi dan farmasi tidak menaikkan harga kit ujian ini dengan sewenang-wenangnya untuk mendapatkan keuntungan cepat,” katanya.

Beliau berkata beberapa pengusaha kedai memohon permit untuk menjual kit ujian kendiri menggunakan sampel air liur dan pertimbangan sedang dilakukan pihaknya.

“Kementerian masih mengekalkan harga siling sebanyak RM19.50 satu kit di Labuan tetapi tidak menghalang farmasi atau pengusaha kedai menjualnya pada harga berpatutan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Foto: PERBADANAN LABUAN

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …