HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

BUAH pinggang adalah antara organ yang sangat penting dan berperanan mencuci darah dari sisa buangan serta lebihan air yang diperlukan tubuh. Bagaimanapun, penjagaan organ ini sentiasa dipandang remeh dalam kalangan masyarakat.

Hari Buah Pinggang Sedunia telah disambut pada 10 Mac bagi memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya buah pinggang kepada manusia. Sambutan pada tahun ini bertemakan Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua atau Kidney Health for All.

Masyarakat perlulah diberi kesedaran mengenai :
• Betapa pentingnya buah pinggang kita
• Faktor risiko penyakit buah pinggang
• Tindakan pencegahan penyakit buah pinggang
• Bagaimana seseorang itu perlu hidup dengan penyakit buah pinggang

Gaya hidup kita pada hari ini akan menentukan kesihatan buah pinggang pada masa akan datang. Perkara yang paling utama dilakukan adalah melakukan pencegahan awal iaitu mengamalkan cara hidup yang sihat termasuklah pengambilan makanan, rutin senaman serta pengawalan berat badan.

Sumber : Laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …