AKTIVITI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Bayan Lepas, 09 Mac 2022: Jabatan Alam Skitar (JAS) Pulau Pinang Cawangan Bayan Lepas telah mengadakan rondaan, pemantauan, pencegahan alam sekitar dan pembakaran terbuka di sekitar kawasan Perindustrian Bayan Lepas dan hasil pemantauan tersebut mendapati tiada pencemaran alam sekitar dan pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis.

Pasukan rondaan memberi fokus kepada beberapa kawasan yang sering diadu berlaku aktiviti pembakaran berhampiran Tanjung Bungah dan Teluk Kumbar. Beberapa kawasan yang sering berlaku pembakaran terbuka diletak tanda amaran di kawasan yang mudah untuk dilihat oleh orang awam. Edaran pamplet dan maklumat larangan pembakaran terbuka telah diberikan kepada penduduk berdekatan. Pemantauan berterusan dari semasa ke semasa akan dijalankan di kawasan-kawasan yang sering diadu.

Pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka di kawasan perumahan dan komersial telah dijalankan di sekitar Tanjung Tokong, Mount Erskine, Ayer Itam, Bukit Bendera, Paya Terubong, Relau, Teluk Kumbar, Batu Maung dan Bayan Baru, mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan.

Orang awam adalah diingatkan kesalahan pembakaran terbuka akan terus diambil tindakan kompaun. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut