YB MENTERI DI JPM (HEA) SANTUNI MANGSA BANJIR

Hujan lebat berpanjangan sejak tengah hari semalam telah mengakibatkan beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dinaiki banjir kilat.

Prihatin dengan musibah yang melanda, YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad (Idris Ahmad) , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan diiringi oleh Encik Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP turun padang menyantuni mangsa-mangsa yang terlibat di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada hari ini.

Sebanyak 350 kotak KFC telah disumbangkan oleh QSR Brands yang merupakan rakan strategik MAIWP kepada semua mangsa banjir yang terlibat.

Semoga mangsa banjir terus tabah dengan ujian dan dugaan yang diterima.

 

SUMBER: MAJILS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq

Artikel/Berita Terkini

MTL: JPS SELESAI SELENGGARA SEMUA STESEN HIDROLOGI TERENGGANU

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu kini bersiap penuh menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) selepas berjaya menyiapkan kerja-kerja penyelenggaraan menyeluruh …

HEBAT: RAKYAT MELAKA PUAS DAPAT BERTEMU PEMIMPIN LUAH MASALAH

Seri Negeri – Rakyat Melaka meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberikan peluang bertemu pemimpin secara langsung pada Hari Ahli …

OPERASI LORONG KOSONG (Ops LOKOS) MBMB

Melaka Tengah – Operasi Lorong Kosong (Ops LOKOS) MBMB Bil. 21 Tahun 2025 anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB …