TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGGUNA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Dunia konsumerisme kini sering mengalami pergolakan. Situasi ini berpunca akibat daripada kelemahan peniaga dan pengeluar dalam mematuhi etika perniagaan sehingga meninggalkan kesan yang tidak sihat kepada pengguna. Siapakah yang dimaksudkan sebagai pengguna? Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pengguna didefinisikan sebagai orang yang membeli dan menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan. Natijah daripada kejahilan para pengguna dalam menentukan tentang hak-hak dan tanggungjawab pengguna menyebabkan mereka senang diperkotak-katikkan oleh peniaga yang suka ‘menangguk di air keruh’.

Antara TANGGUNGJAWAB yang perlu dilakukan sebagai PENGGUNA ialah :

  • Pengguna perlu TINGKATKAN PENGETAHUAN berkenaan situasi ekonomi pasaran yang beri kesan kepada kenaikan harga barangan;
  • Pengguna perlu MERANCANG PERBELANJAAN mengikut kemampuan. Amalkan konsep kesederhanaan;
  • Pengguna perlu BUAT PILIHAN dan perbandingan harga supaya barangan yang dibeli berkualiti pada harga yang munasabah;
  • Pengguna perlu BERSEDIA menghadapi perubahan seiring dengan perubahan pasaran ekonomi dunia;
  • Pengguna perlu mendapat kepastian berkenaan tawaran dan iklan sebelum membuat pilihan (SEMAK DULU SEBELUM BELI); dan
  • Pengguna harus BERANI BERTINDAK dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat individu atau peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang kawalan, menyeludup barangan kawalan dan menyorok barangan kawalan.

Sumber:

Laman Facebook Rasmi KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …