SOP TERKINI KONTAK RAPAT COVID-19

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

Kontak rapat merupakan individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19, sama ada bersemuka lebih daripada 15 minit pada jarak kurang daripada 1 meter tanpa memakai pelitup muka atau bersentuhan. Ia adalah termasuk ahli keluarga atau individu yang tinggal serumah, rakan sekerja yang bekerja dalam ruang yang sama, rakan sekelas atau individu yang berada dalam kenderaan yang sama dalam lingkungan jarak dua tempat duduk.

Terdapat 3 situasi kontak rapat iaitu :
• Tidak bergejala & telah terima dos penggalak
• Bergejala & telah terima dos penggalak serta bergejala / tidak bergejala & lengkap vaksinasi
• Belum terima / tidak lengkap vaksinasi

SOP terkini telah menggariskan kontak rapat yang tidak bergejala dan telah terima dos penggalak tidak perlu menjalani Perintah Pemantauan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Kontak rapat yang bergejala dan telah terima dos penggalak serta bergejala / tidak bergejala dan lengkap vaksinasi pula perlu menjalani HSO selama 5 hari. Manakala kontak rapat yang belum terima atau tidak lengkap vaksinasi perlu menjalani HSO selama 7 hari.

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut