POLIS PULAU PINANG RAMPAS DADAH RM79,116, TAHAN EMPAT LELAKI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Berkaitan Dadah)

GEORGETOWN, 8 Mac 2022 – Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut telah berjaya merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM 79,116 menerusi enam serbuan yang djalankan di sekitar daerah Timur Laut pada 2 Mac 2022. Susulan serbuan itu, polis turut menahan empat lelaki warga tempatan berusia antara 21 hingga 31 tahun bagi membantu siasatan.

Kejayaan rampasan dadah berkenaan telah diumumkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong dalam satu sidang media yang telah diadakan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Timur Laut pada 7 Mac 2022.

Hasil rampasan serbuan tersebut adalah dadah bernilai RM 79,116 manakala empat kenderaan telah disita dan barangan kemas yang dirampas pula bernilai RM65,445.

Beliau memaklumkan ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada suspek positif dadah manakala tiga daripada mereka juga mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah. Aktiviti pengedaran dadah itu adalah bagi pasaran tempatan dan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 25,557 penagih dadah.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 9 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …