PENDUDUK BUNTU HADAPI BANJIR TERMENUNG

RANTAU PANJANG – Bagaikan tinggal di perkampungan air, itulah keperitan yang perlu dialami oleh penduduk di beberapa buah kampung di sini selepas kawasan rumah mereka masih digenangi banjir termenung walaupun cuaca berada dalam keadaan baik.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan seperti Kampung Bendang Perol, Gual Tok Deh, Tersang dan Lachang mendapati perahu masih digunakan sebagai pengangkutan utama sejak 10 hari lalu.

Seorang penduduk dari Kampung Bendang Perol di sini Abdul Majid Abdullah, 65, berkata, walaupun cuaca bertambah baik namun dia dan keluarga masih perlu bermalam di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) To’ Deh.

“Kawasan kediaman kami susah untuk air surut, lebih-lebih lagi sejak adanya projek tebatan banjir yang masih dalam proses pembinaan merumitkan lagi keadaan.

“Lebih mengejutkan lagi, paras air banjir kali ini mencecah sehingga paras bumbung rumah. Ini merupakan kali pertama penduduk di sini mengalami banjir teruk,” katanya ketika ditemui pada Isnin.

Abdul Aziz mencuci rumahnya yang turut terkesan dengan banjir di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang.
Menurutnya, situasi itu menyebabkan semua barangan dalam rumah tidak boleh diselamatkan ekoran paras air terlalu tinggi.

Katanya, kerja-kerja mengemas juga belum siap sepenuhnya kerana keadaan rumah yang masih digenangi air.

Sementara itu, Penghulu Mukim Tanah Putih, Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, sepanjang banjir kali ini Kampung Tersang paling teruk terjejas.

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut