PAIP PAM UTAMA BOCOR PUNCA MASALAH AIR DI WP LABUAN

WP LABUAN – Kebocoran paip pam utama dari tangki air agihan di Pulau Enoe telah menyebabkan gangguan air tidak berjadual di pulau bebas cukai ini sejak dua bulan lalu.

Pengarah Jabatan Bekalan Air Labuan (JBA) Trinil Indah Puspita berkata, usaha telah dipergiatkan untuk membaiki paip berdiameter 800mm yang bocor, mengakibatkan gangguan bekalan air kepada ribuan pengguna di beberapa kampung dan kawasan perumahan.

“Kami telah mengenal pasti kebocoran pada paip pam dan juga di kawasan kebuk, yang terletak di Jalan Rancha-Rancha dan kami sedang berusaha membaikinya.

“Kami memahami kesukaran yang dihadapi pengguna, kami akan melakukan yang terbaik untuk menyegerakan kerja-kerja pembaikan,” katanya kepada Bernama.

Masalah air di pusat kewangan antarabangsa dan perniagaan serta hab minyak dan gas terus bertambah serius sejak awal Januari dengan 35 notis gangguan bekalan air dikeluarkan JBA, dengan beberapa kawasan mengalami pemotongan air selama dua minggu.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli mengetengahkan isu air semasa persidangan Dewan Rakyat pada 2 Mac lalu meminta peruntukan untuk penyelesaian jangka pendek.

Labuan bergantung kepada 90 peratus bekalan air dari tanah besar, melalui saluran paip dasar laut sepanjang 25.7 kilometer yang disalurkan terus dari Sungai Padas di Beaufort ke empangan di Pulau Enoe.

Gangguan bekalan air adalah perkara biasa di Labuan dan merupakan isu berterusan selama beberapa dekad dan paip lama antara punca masalah itu.

JBA akan mengemas kini status terkini mengenai bekalan air dari semasa ke semasa melalui laman web agensi.

SUMBER: BERNAMA

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut