#INFOTRAFIK: RISIKO BAHAYA PEJALAN KAKI

GUNA LINTASAN PEJALAN KAKI, ELAK TRAGEDI

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) berasa bimbang dengan kes kemalangan melibatkan pejalan kaki yang sentiasa berlaku saban hari. Kejadian ini sepatutnya boleh dielakkan sekiranya pejalan kaki mengambil langkah sewajarnya dan peka dengan keadaan sekeliling. Berdasarkan statistik kemalangan yang melibatkan golongan ini, kes kematian pejalan kaki bagi tahun 2019 adalah 394 kematian, tahun 2020 adalah 266 dan tahun 2021 adalah 266 ( tempoh PKP, PPN ).

JSPT menggesa agar setiap pejalan kaki wajib menggunakan lintasan pejalan kaki atau jejantas yang disediakan di jalan raya.

Pejalan kaki dilarang melintas jalan di tempat yang tiada lintasan/ jejantas pejalan kaki kerana perbuatan ini boleh mengundang risiko kemalangan selain membahayakan diri pejalan kaki itu sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Sekiranya seseorang pejalan kaki tidak menggunakan lintasan pejalan kaki untuk melintas jalan, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan LN 166/59 (Kaedah 45) dengan denda maksimum RM300.

 

SUMBER: FB JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK PDRM  https://www.facebook.com/JSPTPDRM

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut