ams OSRAM BERKEMBANG DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMTAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI

Pulau Pinang, 8 Mac 2022 – Pembuat sensor dan LED, ams Osram akan mengembangkan kehadirannya di Pulau Pinang dengan menduduki tapak seluas 24 hektar di Taman Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang dekat Batu Kawan untuk membina sebuah kemudahan yang akan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan masa depannya. Ini sejajar dengan kemajuan syarikat terbabit bagi membangunkan penyelesaian optik bersepadu generasi akan datang. Fasiliti baharu ini akan dilengkapi sebuah kampus, kemudahan pembuatan canggih serta pusat penyelidikan dan pembangunan untuk mereka bentuk selain membangunkan penyelesaian optik generasi akan datang. Pembinaan kampus itu dijangka bermula pada suku kedua 2022 serta disasarkan untuk disiapkan menjelang hujung 2023.

Menerusi kenyataan oleh YAB Ketua Menteri, Negeri Pulau Pinang telah menyumbang lebih daripada lima peratus jualan semikonduktor global. Eksport negeri ini dikuasai oleh produk elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor. Justeru, Pulau Pinang merupakan salah satu daripada tulang belakang utama ekonomi negara, menjana lebihan perdagangan sebanyak RM101 bilion pada tahun 2021.

 

Sumber:

BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …