KOTA BHARU – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) telah diadakan di Bilik Gerakan, Kompleks Kota Darulnaim pada 03 Mac 2022. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datoβ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob dan dihadiri oleh beberapa agensi seperti PDRM, YAS Panglima 8 Bridged, Pengkalan Udara Gong Kedak,Β APMM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresin, Jabatan Penerangan, AADK, APM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan.
Mesyuarat membincangkan situasi keselamatan semasa pandemik COVID-19, situasi banjir semasa yang meruncing di Rantau Panjang, kadar pemberian dos penggalak yang masih rendah, sambutan Program PICKids bagi kanak-kanak 5-11 Tahun, langkah jangka pendek mengurangkan impak banjir di sepanjang Sungai Golok, isu ajaran sesat dan meragukan,Β dan hala tuju penanaman ketum di Malaysia.