LINDUNGI WARGA EMAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi dan kematian akibat jangkitan COVID-19 kerana faktor umur dan juga penyakit kronik. Namun, bagaimana pula warga emas yang tinggal bersendirian atau bersama keluarga dalam komuniti? Pastinya tanggungjawab melindungi mereka terletak pada bahu penjaga, anak-anak dan juga komuniti.

Sebagai anak, berikut adalah tanggungjawab kita sekiranya tinggal berasingan daripada ibu bapa :

  • Bantu ibu bapa untuk kenal pasti gejala COVID-19. Pastikan ibu bapa dapatkan rawatan segera jika bergejala;
  • Sentiasa hubungi ibu bapa untuk mengetahui status kesihatan mereka;
  • Pasang CCTV jika perlu untuk memantau keadaan ibu bapa;
  • Minta bantuan jiran untuk kerap bertanya khabar ibu bapa kita; dan
  • Bekalkan peralatan pemantauan kesihatan kendiri serta beri tunjuk ajar kepada ibu bapa untuk menggunakan peralatan pemantauan dengan betul. (kit ujian kendiri COVID-19, oximeter, termometer).

Kepekaan anak, penjaga dan komuniti dalam melindungi warga emas perlu lebih disuburkan. Warga emas atau ibu bapa yang tinggal bersendirian perlu diberi lebih perhatian kerana mereka mudah dijangkiti COVID-19.

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

 

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut