MAJLIS PERLANCARAN PROJEK KERTIH TERENGGANU INDUSTRIAL PARK (KTIP)

KERTIH,KEMAMAN, 6 MAC 2022 – Hari ini telah berlangsung satu acara yang bersejarah di Terengganu iaitu majlis pelancaran Projek Kertih Terengganu Industrial Park (KTIP) yang berslogankan β€œAn Industrial Land with Endless Possibilities and Growth”. Perlancaran ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu pada pagi ini.

Melalui pelancaran projek KTIP ini, rakyat Terengganu bakal menikmati curahan ekonomi menerusi peluang pekerjaan yang akan ditawarkan oleh KTIP di dalam pelbagai bidang dan kemahiran yang diusahakan.
Projek yang bernilai RM680 juta ini akan dibangunkan di tanah seluas 1007 ekar dijangka membawa prospek pembangunan di dalam industri petrokimia serta pembuatan termasuk penghasilan produk berskala besar melibatkan kemudahan teknologi tinggi.
Kerajaan Negeri menjangkakan projek ini bakal menjadi pemangkin kepada perkembangan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan serta menjadi pemangkin kepada industri hiliran yang lain juga memperkasakan jaringan nilai (value chain) di sekitar daerah Kemaman dan Negeri Terengganu secara keseluruhannya.
MB Terengganu juga turut melafazkan ucapatan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat di dalam pembangunan KTIP ini terutamanya Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. dan anak syarikat kumpulan terlibat serta MGB Berhad yang komited dalam meneruskan agenda ekonomi negeri Terengganu, selain itu tentunya Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat dan lain-lain pihak yang berperanan baik secara langsung atau tidak langsung dalam agenda pembangunan bersepadu ini.
Semoga dengan pelancaran projek ini akan dapat mengukuhkan ekonomi rakyat Negeri Terengganu selaras dengan nilai teras ke-5 yang dirangkakan dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu berkaitan dengan Keutuhan Ekonomi.
Β 

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗑

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut