PERTANIAN BANDAR PERTANIAN ALTERNATIF

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)
Kelangsungan kehidupan rakyat turut bergantung kepada keselamatan sumber makanan. Jaminan makanan
dan
keselamatan makanan (food security and food safety) perlu menjadi keutamaan dalam memastikan makanan yang mencukupi, selamat, berkhasiat dan sihat untuk rakyat. Salah satu kaedah ataupun inisiatif mudah dalam menjamin sumber makanan adalah melalui Pertanian Bandar.
Pertanian Bandar merupakan inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup di samping menikmati hasil tanaman yang sihat dan segar. Di samping itu program Pertanian Bandar adalah mudah dijalankan dan hasilnya boleh di tuai dalam tempoh yang singkat.
Di Pulau Pinang, penduduk Seberang Perai adalah digalakkan untuk menjadikan kaedah Pertanian Bandar sebagai pertanian alternatif disamping dapat menjimatkan wang serta sumber makanan yang sihat. YBhg. Dato’ Azhar bin Hj Arshad, Datuk Bandar Seberang Perai telah membuat tuaian kedua sayuran salad & sawi pak choy di atas bangunan Menara Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dalam aktiviti Pertanian Bandar pada hari ini (4 Mac 2022).
Pertanian Bandar di atas bumbung Menara Bandaraya MBSP yang dimulakan pada bulan Januari 2022 adalah menggunakan kaedah vertical pot. Tingkat 16 bangunan MBSP ini mempunyai 216 pot dan tuaian pertama telah memperolehi sebanyak 65 kg sayur yang 100% adalah organik. Jika dibandingkan dengan tanaman di atas tanah, kaedah vertical pot ini dapat menjimatkan masa kerana dalam tempoh 2 minggu tanaman telah boleh dituai.
Kaedah tanaman sayur-sayuran di tingkat 16 Menara Bandaraya MBSP ini boleh dijadikan contoh kepada pihak-pihak yang berminat dan sebarang pertanyaan & khidmat nasihat berkenaan kaedah ini, sila hubungi Unit Eko-Komuniti, Jabatan Kemasyarakatan MBSP di talian 04-5497 886 / 874.

 

Sumber info:

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Laman Facebook Rasmi Majlis Bandaraya Seberang Perai

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut