MAIWP BANTU MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR

MAIWP salur RM2.6juta bantu 23,658 mangsa banjir yang terjejas di pantai timur.

Jumlah keseluruhan yang digerakkan oleh Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia Agensi di Bawah Jabatan Perdana Menteri Jabatan Hal Ehwal Agama adalah sebanyak RM3,776,350 termasuk dana yang diperuntukkan MAIWP.

Perkara ini dinyatakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad(Idris Ahmad) pada Program Pelepasan Konvoi Misi Bantuan Banjir Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia JPM HEA di Datan Kompleks Islam Putrajaya.

YB Senator Datuk Haji Idris diiringi timbalannya, YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary (Ustaz Marzuk Shaary) melepaskan 12 buah kenderaan konvoi bantuan untuk menyantuni mangsa banjir.

Antara bantuan yang akan disalurkan adalah bantuan wang tunai, kit solat, naskah Al-Quran, toto dan sebagainya.

#MAIWP #pasukanmenteriagama #skuadmusaadah

 

SUMBER: FB MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq

 

 

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut