MDA DIARAH MENILAI ADUAN PENGGUNAAN KIT UJIAN KENDIRI COVID-19

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengarahkan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk memanggil semua pembekal kit ujian kendiri COVID-19 dalam negara bagi menilai aduan yang diterima daripada pengguna.

Arahan tersebut adalah susulan daripada aduan mengenai penggunaan kit ujian berkenaan yang menunjukkan keputusan COVID-19 meragukan. Menteri Kesihatan, semasa sidang akhbar perkembangan COVID-19 pada Khamis lalu turut meminta agensi (MDA) agar memohon pembekal mendapatkan maklumat jaminan kualiti daripada kilang prinsipal mereka.

Katanya, penilaian juga akan dibuat ke atas kit ujian yang diragui di pasaran, untuk menentukan bahawa tiada kemerosotan dari segi kualiti dari waktu ia diluluskan sehingga sekarang. Menteri Kesihatan turut memaklumkan bahawa perkara tersebut sedang dilaksanakan dan hasil tindakan MDA akan dimaklumkan kepada orang ramai nanti.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga 27 Oktober 2021, terdapat 49 kit ujian kendiri COVID-19 yang telah diberi kelulusan bersyarat oleh MDA.

Sumber berita dan gambar :

KKM dan Sinar Harian

#KeluargaMalaysia

#kkm

#covid19

#rtk

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …