COVID 19: KES LIBATKAN KANAK-KANAK SEMAKIN MENINGKAT DI LABUAN

WP LABUAN – Kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun semakin meningkat di Labuan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata setakat 27 Feb, seramai 54 kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun dijangkiti virus itu manakala 219 kes lagi membabitkan kanak-kanak berusia 13 tahun ke atas.

“Buat masa ini terdapat 10 orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun sedang dirawat iaitu lima orang di hospital dan lima lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). Baki 44 orang sedang menjalani kuarantin di rumah dan kanak-kanak ini berada di bawah kategori dua COVID-19,” katanya kepada Bernama.

Dr Ismuni berkata pihaknya sedang memantau secara serius bilangan jangkitan membabitkan kanak-kanak, sambil menekankan bahawa kes berkaitan kumpulan itu meningkat secara berterusan sejak minggu lepas.

“Terdapat 82 kes baharu melibatkan kanak-kanak di bawah 12 tahun pada 23 Feb, sebelum menurun ke 65 kes pada 26 Feb dan 54 semalam, tetapi kami tidak dapat meramal (trend) untuk beberapa hari akan datang,” katanya.

Dr Ismuni berkata bilangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun yang menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) masih belum mencapai sasaran sejak ia dilancarkan pada 7 Feb lepas.

“Kami menjangkakan untuk menjalankan PICKids selama sebulan (dari 7 Feb), namun bilangan kanak-kanak yang menerima dos pertama mereka belum melebihi 50 peratus daripada jumlah 11,700 yang disasarkan,” katanya.

Katanya, setakat ini hanya 23.94 peratus, atau 2,801 kanak-kanak, yang telah menerima suntikan vaksin tersebut di empat pusat vaksinasi sedia ada, iaitu Hospital Labuan, dewan Kompleks Darul Kifayah, Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 2 dan SK Sungai Lada.

Labuan merekodkan kes baharu tiga digit sejak minggu lepas iaitu 311 kes semalam termasuk dua kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Sumber: BERNAMA

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

6120 KILOGRAM MINYAK MASAK BERSUBSIDI DISITA DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

TANAH MERAH 15 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima lima serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan …
Maklumat Lanjut

JANGAN KONGSI BAKI AKAUN KWSP ANDA KEPADA UMUM

JANGAN KONGSI BAKI AKAUN KWSP ANDA KEPADA UMUM Waspada, scammer sedang memerhati. Jangan jadi mangsa scammer! …
Maklumat Lanjut

SISIPAN SEJARAH PADA 16 MEI 1956: PEMBUKAAN PANGKALAN TENTERA LAUT DI MALAYSIA TIMUR

Pada tarikh  ini dalam tahun 1956, Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan telah meluluskan “Penyata Jawatankuasa Pelajaran Razak”. Penyata tersebut telah disediakan …
Maklumat Lanjut