OPS GEMPUR JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JAS WPKL) TAHUN 2022 DIAKTIFKAN

Pada 22 – 23 Februari 2022, Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengaktifkan Ops Gempur JAS WPKL yang bertujuan bagi menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap premis-premis yang bermasalah dan seringkali mempunyai kes aduan pencemaran alam sekitar yang berulang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tindakan penguatkuasaan telah dijalankan terhadap premis-premis yang berada di Lembarangan Sungai Klang, dan Lembarangan Sungai Gombak sekitar Jinjang, Kepong, Segambut dan Batu.

JAS WPKL komited untuk memastikan setiap premis agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa dan sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan tegas dengan sewajarnya.

 

 

Pelaksanaan Ops Gempur ini melibatkan semua anggota penguatkuasaan JAS WPKL dengan mengikut SOP, arahan dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber : FB Jabatan Alam Sekitar

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …